Jumaat, 15 Oktober 2010

SELOKA KENANGAN KU


Semalam aku berlari dalam payah peluh basah tubuh
Mencari sempurna dalam hidup
Handal ku, kata mereka sukar dijangka
Tapi kenapa kera itu masih ketawa..?
Kenapa lembu itu tak gerun juga..?

Saat aku bertemu seorang tua perkasa
Kalamnya memikat jiwa
"Nak handal mesti banyak puasa dan bertapa"
Ku turut tanpa bertanya
Akhirnya aku menjadi pendekar di usia muda

Puas aku pecah peluh mencari nama
Satu persatu lawan ku tundukkan jua
Ah! Gagah aku tiada lawannya
Tapi jiwa ku tak pernah bahagia
Ku fikir masih kalah aku dalam rasa
Siapa guru yang dapat menunjukkan jalan-Nya..?

Dalam diam aku memanjat doa tulus sejahtera
Akhirnya aku bertemu si dia
Wataknya lembut penuh budi bahasa
Ku uji hebatnya tapi tak lama
Rupanya dia menyimpan seribu satu rahsia
Malu aku tiada terkata
Doa ku makbul tak sedar-sedar juga

Satu lafaz diperturunkan sudah
Jaga malam, diam diri, mengasing, merendah sudah ditarah
Berlapar, bermujahadah ku rasa sangat payah
Tapi kemahuan ku tak pernah tersanggah
Akhirnya aku tahu rahsia pasrah

Baru ku tahu rahsia tersimpan di dalam hati ghaib tak berdarah
Baru ku tahu kenapa kera itu ketawa berdekah-dekah
Kenapa lembu itu tak gerun bila diagah
Rupanya binatang tahu siapa bernama Khalifah
Hahahahaha.. Bodohnya aku bila mengenang sejarah


~ ANAK JAWI ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan