Isnin, 18 Oktober 2010

TOK ALANG KATA "JANGAN MENCURI"

As-salamu 'alaikum..

Sifat yang paling susah nak dikikis dalam diri manusia yang mengejar 'nama dan kemahsyuran' ni adalah 'MENCURI'.. Semalam kawan aku bagi tahu satu budak yang menulis blog 'Dunia sedang melihatku', nama dia MOHD HAMIZI INDIN telah dengan terang mencuri tulisan dari blog SENI SURI JAWI masuk ke blognya dengan tanpa izin..

Hey beb! Lu gila ke apa..? Gua baca blog lu, lu kata lu berbakat besar dalam seni, tapi apahal la lu curi tulisan blog orang lain..? Lu, kalau pun nak cari 'glamer' ke, nak orang pandang 'bagus' ke, buat la kerja lu sendiri.. Kalau setakat copy tulisan orang dan kemudian mengaku lu punya, ni dah termasuk 'MENCURI' dan 'KURANG AJOR' kata orang Perak.. Ulang sekali lagi, 'KURANG AJOR' kata orang Perak..

Tok Alang ni bukan apa, cuma nak bagi nasihat je.. Lain kali perah la kepala otak lu sendiri kalau nak mengaku seniman ke, pengarah ke, apa ke.. Tapi satu je yang gua percaya lu punya 'up' diri lu iaitu lu 'berbakat'.. Lu memang berbakat, beb!! Gua pun tabik dengan bakat lu.. Bakat 'MENCURI'.. Kalau kat Arab, orang macam lu dah lama kena potong tangan, tapi ni kat Malaysia yang katanya Hudud tu zalim dan ketinggalan zaman, takpe la gua sumpah tangan lu patah ke, kena bengkak sebesar peha ke.. Ok tak..? Kalau tak ok, aku sumpah kena lenyek dek lori pun ok gak kot..!

Udah-udah la buat keje macam tu, enche HAMIZI INDIN oi..!! Buat malu je guru-guru lu kat ASWARA tu dengan sikap lu ni.. udah le entri blog lu curi, ni sampai kata-kata bawah tajuk blog pun lu nak sapu..? Boleh padam pulak tu nama orang yang keluarkan kata-kata tu.. Lu ni memang jenis bangsa cetek akal betul la.. Sori ye enche HAMIZI INDIN.. Gua ni memang bahagian pengawal SENI SURI JAWI ni, so terpaksa bertindak awal sebelum banyak masalah lain timbul.. Sape2 kenal enche HAMIZI INDIN ni, tolong la nasihatkan dia sikit ye..? Hehehehehe.. :-)

Jumaat, 15 Oktober 2010

SELOKA KENANGAN KU


Semalam aku berlari dalam payah peluh basah tubuh
Mencari sempurna dalam hidup
Handal ku, kata mereka sukar dijangka
Tapi kenapa kera itu masih ketawa..?
Kenapa lembu itu tak gerun juga..?

Saat aku bertemu seorang tua perkasa
Kalamnya memikat jiwa
"Nak handal mesti banyak puasa dan bertapa"
Ku turut tanpa bertanya
Akhirnya aku menjadi pendekar di usia muda

Puas aku pecah peluh mencari nama
Satu persatu lawan ku tundukkan jua
Ah! Gagah aku tiada lawannya
Tapi jiwa ku tak pernah bahagia
Ku fikir masih kalah aku dalam rasa
Siapa guru yang dapat menunjukkan jalan-Nya..?

Dalam diam aku memanjat doa tulus sejahtera
Akhirnya aku bertemu si dia
Wataknya lembut penuh budi bahasa
Ku uji hebatnya tapi tak lama
Rupanya dia menyimpan seribu satu rahsia
Malu aku tiada terkata
Doa ku makbul tak sedar-sedar juga

Satu lafaz diperturunkan sudah
Jaga malam, diam diri, mengasing, merendah sudah ditarah
Berlapar, bermujahadah ku rasa sangat payah
Tapi kemahuan ku tak pernah tersanggah
Akhirnya aku tahu rahsia pasrah

Baru ku tahu rahsia tersimpan di dalam hati ghaib tak berdarah
Baru ku tahu kenapa kera itu ketawa berdekah-dekah
Kenapa lembu itu tak gerun bila diagah
Rupanya binatang tahu siapa bernama Khalifah
Hahahahaha.. Bodohnya aku bila mengenang sejarah


~ ANAK JAWI ~

Selasa, 12 Oktober 2010

BUAT PERMULAAN INI

As-salamu 'alaikum..

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku bukak blog aku sendiri.. Selama ni asyik duk baca blog orang je (tempoh belajar la tu).. Ni dah keluar betapa ni, nak juga aku 'try' bukak gelanggang.. Tapi gelanggang apa belum tahu lagi la.. Hehehe..

Ok, sape ada cadangan, angkat tangan..? Sila berikan cadangan.. Hehehe..